Apakah itu peribahasa? Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu. Selain itu, peribahasa juga dapat didefinisikan sebagai susunan cakap pendek atau ringkas yang telah melekat di mulut orang ramai semenjak beberapa lama oleh sebab perkataan tersebut menarik untuk didengar, penggunaannya yang bijak dan mempunyai maksud yang luas. Penggunaan peribahasa dalam kalangan masyarakat Melayu bertujuan untuk memberi pengajaran atau teguran dengan cara yang sopan dan halus. Di samping itu, penggunaan peribahasa dapat mewujudkan keseronokan dalam pergaulan sekaligus dapat menyatakan pendirian peribadi secara tegas. Namun begitu, arus kemodenan yang semakin rancak berkembang menyebabkan penggunaan peribahasa tidak lagi popular malahan tidak ramai lagi individu yang boleh menggunakan peribahasa dalam pertuturan seharian. Hanya sesekali kita akan mendengar peribahasa dalam kaca televisyen, iaitu apabila wartawan TV3, Karam Singh Walia membuat sesuatu liputan. Generasi muda pada hari ini tidak lagi berminat untuk belajar mahupun mencuba untuk menggunakan peribahasa Melayu. Malahan, yang lebih memburukkan lagi keadaan apabila peribahasa tersebut diubah suai dengan realiti kehidupan masyarakat pada masa ini. Alangkah ‘kreatif’nya anak-anak muda pada hari ini. Contoh yang dapat dilihat ialah :
1. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke bawah
2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan
3. Tiada rotan, pelempang berguna juga
4. Biar lambat asalkan tak cepat
5. Di mana ada gula di situ adalah gula-gula
6. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar
7. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock
8. Secupak takkan jadi 18 cupak
9. Gajah mati tinggalkan gading, manusia mati meninggal dunia
10. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di dalam mulut
11. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap
12. Alang-alang mandi biar guna sabun
13. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras
14. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun
15. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang.... bisu
16. Hidup segan mati di tanam
17. Ikut hati mati, ikut rasa merasa
18. Lembu punya susu cap teko dapat nama
19. Sehari selambar benang lama-lama benang habis
20. Jika kail panjang sejengkal, beli le yang panjang sikit kalau nak ngail di laut
21. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa
22. Membujur lalu melintang pukang
23. Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik hari tak hujan
Sekadar peringatan untuk generasi muda pewaris harapan bangsa. :)