Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. :)
Tahu atau tidak apa itu aposisi? Pasti ramai yang tidak biasa atau belum pernah mendengarnyakan? Saya yakin, kalau jenama coklat Apollo atau Menara Berkembar Petronas (KLCC), pasti sudah sinonim dan sebati dengan jiwa rakyat Malaysiakan? Hehe Baiklah. Adik-adik, sila keluarkan pen dan kertas, kemudian salin ya. :) Menurut Corbett
dan Conners (1999:385), aposisi merujuk kepada penyusunan sebelah menyebelah
dua elemen yang berkaitan dengan elemen yang kedua berfungsi sebagai penjelasan
atau pengubahsuaian bagi elemen pertama. Aposisi kebiasaannya diikuti dengan
dua tanda koma. Lanham (1968:15) pula menjelaskan bahawa aposisi berasal
daripada leksikal Latin, iaitu appositio
dan mendefinisikan aposisi sebagai meletakkan dua kata atau frasa nama secara
bersama dengan frasa yang kedua mendefinisi frasa yang pertama. Contohnya :
(Md. Sidin, 1999:149).
Contoh aposisi
- Intan
Azura, anak perempuan tunggalnya sudah berjaya menjadi doktor.
- Tanaka,
Perdana Menteri Jepun, pernah berkunjung ke Indonesia.
- Kuala Lumpur, ibu kota Malaysia, terletak di kawasan lembah yang subur dan cantik.
**Walau bagaimanapun, saya yakin dan percaya 'koma' yang terdapat seperti dalam petikan akhbar di bawah pasti lebih sinonim dengan para remaja di Malaysia. Benarkan? Ya, tiada yang benar melainkan yang benar-benar belaka. Sekian. =.='