Assalamualaikum w.b.t. Hai semua :)
Saat saya terlihat mesej seperti ini melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS), ALLAH! Hanya tuhan sahaja yang tahu betapa galaunya hati andai diri sendiri yang menerima. T_T Hakikatnya, nilai nyawa manusia pada masa ini seperti sudah tidak berharga lagi. Tidak mengira sama ada di media cetak mahupun media elektronik sering terpampang dan berkumandang kes pembunuhan sehingga tercetusnya filem BUNOHAN yang membuka mata masyarakat di negara ini. Pelik dan ganjil apabila nilai peri kemanusiaan dan belas kasihan sudah tidak wujud di dalam hati sesetengah individu sehingga menimbulkan perasaan jemu untuk membaca berita di dada- dada akhbar.

KOMENTAR
Sekadar sebuah puisi untuk
menterjemahkan rasa hati. Kepada mereka yang khilaf dan tersesat, sesungguhnya
ALLAH S.W.T itu Maha Mengampuni.
:: tiada kerelevanan untuk membaca
akhbar.
bukan untuk menidakkan tugas
wartawan
yang jenuh memerah keringat
sekadar pendapat
asbabnya
dari ahad hingga jumaat
tiada topik yang hangat
melainkan . . .
" imam mati dipukul dalam
surau."
" jurusolek mati dibunuh dalam
longkang."
" nenek parah ditetak penyamun
dengan pedang."
" murid 9 tahun jerut rakan
sekelas."
" anak tikam bapa sehingga
mati."
" isteri hamil dibunuh
suami."
" bayi didera : cucuh rokok,
ikat kaki."
kes orang bunuh orang
sudah seperti situasi Pak Mat jual
ayam, Apek siang ikan.
lepas sembelih, kepala lempar ke
belakang.
leher, kaki kalau tak mahu dilempar
buang
buat juadah sang anjing dan si
kurap
perut ikan pula campak ke jalan
biar lalat langau hurung
menambahkan hanyir di lorong
lohong.
***********sadis**************
inilah petanda kecil kiamat.
akhir zaman punya umat.
di mana-mana pun kita sudah tidak selamat.
di mana-mana pun kita sudah tidak selamat.