Apabila sukar melelapkan mata, saya
lebih suka membaca termasuklah membaca buku bukan berbentuk ilmiah, novel dan
juga blog. Miehehe. Saat terbaca komentar di bawah berkaitan ketidakpuashatian
seseorang kepada seseorang yang lain, saya mulai takut, bimbang, risau, sedih
dan kecewa. Apa tidaknya, bahasa para remaja zaman sekarang seperti
mereka-mereka yang tidak pernah bersekolah. Sudahlah kutuk-mengutuk, caci maki
segala, ejaan pula entah apa-apa.
KOMENTAR
Blog juga merupakan salah satu cara
menyuarakan pendapat peribadi kepada sesiapa jua yang dikehendaki. Ada yang
boleh terima pendapat, ada yang akan membangkang habis-habisan selagi boleh tunjuk
dia yang betul 500%. Tapi terkadang, tuan punya blog terlupa bahawa setiap yang
dinukilkan boleh mengundang banyak komentar, pendapat, kutukan, cacian mahupun makian
daripada orang lain, dan tukang komen/caci/maki/respon/puji juga terlupa bahawa nukilan
atau tulisan tersebut sekadar pendapat peribadi. Hakikatnya, apabila
masing-masing merasakan diri sendiri sudah cukup bagus daripada orang lain
mengertilah bahawa sebenarnya kalian tidaklah sebagus atau sehebat mana pun. Masih tidak percaya?
Cubalah lihat orang di sekeliling kita yang hebat-hebat. Pernahkah mereka
mengaku dan mendabik dada dengan mengatakan diri mereka bagus atau cemerlang atau
gemilang atau terbilang atau terbaik? Manusia yang benar-benar bagus tidak akan
pernah meninggi diri melainkan orang lain yang akan tahu sendiri. Kan? Mari muhasabah. ;)