Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. :)
Sejujurnya,
saya tidak memahami loghat kelantan. Walaupun pernah mendapat teman sebilik
daripada daerah Tanah Merah tetapi masih gagal untuk memahami dialek mereka.
Kadang kala, pernah juga cuba memahami perbualan teman-teman sekuliah daripada
sana. Namun begitu, percubaan menjadi gagal kerana mereka bertutur terlalu
pantas seperti komuter yang sedang bergerak di atas landasan lagaknya.
Percubaan diteruskan lagi dengan mendengar lagu-lagu dikir barat daripada
pantai timur tetapi lagilah haru. Terpaksa pula meminta bantuan skuad tambahan
untuk memperjelas semula isi kandungan lagu. Akhirnya, wujudlah kamus Bahasa
Melayu (BM)-Bahasa Kelantan (BK). Hehe Tetapi, biasalahkan. Ilmu kalau tidak
diamal memang sia-sia sahajalah. =.='Hakikatnya,
perbincangan mengenai loghat atau bahasa slanga ini sering mendapat perhatian daripada banyak
pihak terutama pihak yang cakna akan bahasa. Namun begitu, ada beberapa
kekeliruan yang timbul berkaitan makna sebenar bahasa slanga kerana ada pihak
yang menganggap bahasa slanga merupakan dialek daerah. Ada yang mengaitkan
bahasa slanga dengan cara pertuturan yang dipengaruhi oleh bahasa asing, iaitu
sebutan bahasa Melayu mengikut cara sebutan bahasa asing. Ada juga yang
menyatakan bahawa bahasa slanga sebagai bahasa mesra.