9.4.13

22# HUKUM DITERANGKAN-MENERANGKAN.

 Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. :)





Atas permintaan Mak Long Seha, saya dikehendaki mencari sepasang telekung yang cantik untuk dibuat hantaran  kahwin seorang sepupu yang bakal mendirikan rumah tangganya pada bulan Mei ini. Hanya yang mampu saya lakukan adalah dengan mencarinya di alam maya. Walau bagaimanapun, ketika menaipnya di carian enjin 'google', perkara yang saya jumpa ialah penggunaan kata yang menyalahi Hukum Diterangkan-Menerangkan (D-M). Perasaan sedih timbul juga apabila masyarakat Melayu yang juga penutur jati bahasa Melayu masih lagi kabur dengan penggunaan Hukum D-M ini. Jadi, perkara yang boleh saya bantu adalah dengan menerangkannya seperti penerangan di bawah, iaitu

                                                *meja kayu putih
                                                *meja putih kayu

Menurut wikipedia bahasa Melayu, hukum D-M  merupakan peraturan menyusun kata nama majmuk dan ayat yang mendahulukan unsur yang diterangkan (diringkaskan sebagai D) dan mengemudiankan kata sifat yang menerangkan (diringkaskan sebagai M). Istilah Hukum D-M diperkenalkan oleh Prof. St. Takdir Alisjahbana dalam bukunya, Tatabahasa Baru Melayu Indonesia. Hukum D-M ini hanya digunakan dalam binaan frasa nama dan tidak melibatkan frasa kerja, frasa adjektif mahupun frasa sendi nama. Mengikut Hukum D-M, jika terdapat dua atau lebih perkataan dalam binaan frasa nama, unsur yang hendak diterangkan (yang diberi penekanan) hendaklah mendahului unsur yang menerangkan (penerangan tentang unsur tadi). Tegasnya, unsur D terletak di hadapan unsur M. Oleh itu, frasa meja kayu putih menepati hukum D-M berbanding frasa meja putih kayu kerana yang hendak diterangkan ialah frasa meja kayu yang  berwarna putih.

Contoh lain :
1.      Baju kebaya biru
2.      Gerai pisang goreng
3.      Tudung mini labuci