4.3.13

1# SOPAN ITU MENAWAN.

Assalamualaikum W.B.T. Hai semua. (:

Alhamdulillah, hari ini sudah masuk minggu ketiga sekalian mahasiswa dan mahasiswi di Universiti Pendidikan Sultan Idris berkuliah. Begitu juga awak, saya dan kita. Ehem:) Harapnya segala momentum semangat, kecekalan dan keazaman dapat dikekalkan sehingga ke akhir semester. Insya-Allah, amin. Hal ini juga bermakna, pada minggu yang lepas merupakan minggu terakhir bagi mahasiswa dan mahisiswi seperti saya membuat penambahan atau pengguguran kursus yang telah didaftarkan. Tiba-tiba saya teringat situasi di Fakulti Bahasa dan Komunikasi bersama-sama beberapa orang rakan pada kunjungan yang lepas. Sewaktu seorang rakan ingin membuat penukaran kumpulan bagi pensyarah yang sama, dia telah ditengking oleh kerani di situ dengan suara yang agak kuat. (tengking=kuat) Kemudian, bagi situasi yang sama oleh pelajar-pelajar junior tidak pula kerani tersebut menggunakan suaranya pada skala ketujuh oktaf. Di dalam hati saya, adakah perlu bagi seseorang untuk membezakan layanannya terhadap seseorang yang lain apabila mengetahui bilangan semester mereka? Wallahi, terkedu sendiri. Selesai urusan  kami terus bergegas meninggalkan fakulti dan kerani yang emosi. =.='


KOMENTAR

Sebagai seorang rakan yang prihatin, saya terpanggil untuk menegur sikap kerani tersebut dengan jihad yang paling lemah, iaitu jihad hati. Jadi, saya hanya mampu menukilkannya di sini. Andai ditegur secara berhadapan, bimbang dikatakan mahasiswi yang kurang ajar dan tidak beradab. Tambahan pula, umurnya mungkin sebaya dengan ibu ummi kita. Sebaiknya, tidak usah.  Namun, kita bisa mengambil iktibar daripadanya. Tidak baik mengaibkan seseorang di khalayak ramai walau apa jua jawatan yang kita sandang. Bukankah bercakap atau bertanya dengan disertai seulas senyuman itu lebih sopan dan menawan?

**khas untuk puan kerani, janganlah begini. senyuman itukan penambah seri. jadi, senyumlah dari hati. miehehe  :)