25.3.13

16# TERIMA SEADANYA.

Assalamualaikum w.b.t. Hai Semua :)

Benarlah. Realiti masyarakat di Malaysia pada hari ini gemar membincangkan kelemahan manusia lain apatah lagi manusia yang sedang dijadikan topik perbualan itu seteru yang paling diburu. Tidak kurang juga yang suka mengutuk rakan baik sendiri. Mengutuk adalah kunci utama kejayaan dalam sesuatu majlis ritual, iaitu melepak bersama kawan-kawan. Apabila sedang berada di dalam kumpulan, sebilangan daripada mereka akan cuba menarik perhatian rakan-rakan yang lain sekaligus menarik minat mereka mendengar cerita yang akan disampaikan. Topik yang paling mudah untuk menarik minat rakan seperjuangan ialah dengan menceritakan kelemahan-kelemahan yang dimiliki oleh orang lain.


KOMENTAR

Beginilah ya. Senang cerita. Kalau kita betul-betul IKHLAS berkawan dengan seseorang, usahlah pertikaikan segalanya milik dia. Hidung kembanglah, mata besarlah, gigi rongaklah, muka macam kawah bulanlah, dahi jendullah, gigi berteraburlah, semua-semualah. Tidak cukup lagi, suruh dia pergi LONDON WEIGHT MANAGEMENT, NEW YORK SKIN SOLUTION, pakai losyen, cucuk sini sana. JANGAN. Itu semua kurnia. Raikan kondisinya. Cubalah berlapang dada dan terima seadanya. ALLAH menciptakan setiap makhluknya penuh dengan istimewa. Tidak perlu kita memandai-mandai menjadi 'mak andam' yang tersenget bahu kiri kanan menuju ke Neraka Jahanam. Boleh? Setuju? :)