Assalamualaikum w.b.t. Hai semua :)
Alhamdulillah, bersyukur kepada-Nya kerana kita masih diberikan peluang dan ruang untuk bernafas di bumi yang nyata. Hakikat kehidupan, kita sering kali tercabar dengan karenah manusia yang bermacam. Begitulah lumrah hidup bermasyarakat. Kalau suka dan disukai, kita akan tersenyum dari pagi sampai ke pagi. Kalau sedang membenci dan dibenci, amarah, sedih, kecewa semuanya bersatu berlaga dalam hati. ALLAHURABBI. Acapkali kita bertanya dan bertanya, kenapa dan mengapa wujud sedemikian rupa manusia yang hidupnya mahu mengucar-kacir, menghiruk-pikukkan hidup manusia lain dan alam sekelilingnya? Nah, hakikatnya itulah ujian yang Allah beri untuk diri sendiri sama ada kuat atau tidak untuk mendepani mengahadapi segala-galanya. Ujian itu sendiri bermacam-macam. Pelbagai. Ada yang datangnya dari sahabat handai, guru yang garang, mak cik di kedai runcit, mahupun kerani di BSN (Bank Simpanan Nasional). Namun, paling mengharukan ustaz dan ustazah juga dikutuk, dicaci maki dan dihina. Tidak tahu hujung pangkal terus bercakap yang bukan-bukan. Seperti juga situasi anak-anak yang tidak sedar diri dan tidak tahu dek untung sehingga tergamak mengutuk ibu bapa sendiri dan kawan-kawan yang jenis membenarkan segala percakapan kawannya lantas mengangguk kepala dan percaya. Sadis sungguh apabila ibu bapa sendiri dibuat main-main. Mereka tidak sedar yang kalau mereka dipuji kaya mewah segala pun itu datangnya dari harta si ibu bapa.
KOMENTAR
kadang-kadang
dalam perjuangan
kita terlepas pandang
atau hilang haluan
bila kenyang dengan puas hati dan pujian
sedangkan
langkah hakikatnya masih berlegar di petak satu
hanya kerana gelap mata oleh kelabu
segala usaha jadi debu.
istighfar.
istighfar.
istighfar.
-@hlovate-
dalam perjuangan
kita terlepas pandang
atau hilang haluan
bila kenyang dengan puas hati dan pujian
sedangkan
langkah hakikatnya masih berlegar di petak satu
hanya kerana gelap mata oleh kelabu
segala usaha jadi debu.
istighfar.
istighfar.
istighfar.
-@hlovate-
Astaghfirullahalazim. Teruskan muhasabah. Ibu bapa itu selayaknya dihormati dan dipuji. Tanpa mereka siapalah kita di dunia yang fana ini. Tambahan juga, ketahuilah bahawa tidak semua yang kita buat orang suka dan begitu juga sebaliknya. Kunyah, telan dan hadam sampai padam. ALLAH sentiasa bersama orang-orang yang bersabar. Caci maki segala pun tidak berguna sebab pengakhirannya kita sama serupa sahaja dengan mereka yang tidak berbudi bahasa. Ingat pesan Allah dan nabi, SABAR ITU KECANTIKAN ROHANI. :)