14.3.13

9# MAKAN DAN SEPAH.

Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. (:

Program Jalan-jalan Cari Makan (JJCM) yang disiarkan oleh TV3 semestinya mempengaruhi mentaliti dan sifat ingin mencuba kebanyakan rakyat di Malaysia untuk menikmati makanan yang ditawarkan oleh peniaga-peniaga di seluruh negara. Lihat sahajalah ketika hos rancangan JJCM seperti Maria Tunku Sabri dan Iqram Dinzly menikmati juadah yang telah tersedia di hadapan mata. Aduhai, terliur sungguh dibuatnya. Namun begitu, sikap sesetengah rakyat Malaysia yang gemar membiarkan meja dalam keadaan bersepah selepas makan mengundang suatu perasaan tidak selesa pada jiwa raga. Ini contohnya.
KOMENTAR
Marilah kita mengubah kebiasaan yang buruk itu dengan mengamalkan nilai murni secara bersama-sama ya. Pakat ramai-ramai beritahu kepada adik, abang, dan kakak. Tidak salah pun sekiranya kita menyatukan pinggan-pinggan kosong dan melonggokkan sisa makanan selepas makan. Di samping menyenangkan para pekerja kita juga akan mendapat pahala. Kan? ;) Mudah sahaja sebenarnya untuk menyuruh para malaikat mencatat segala amalan kebaikan yang dilakukan. Jangan lupa amalkan selalu ya. Mari berubah dan sentiasa muhasabah ! :)