13.3.13

8# BAUCAR 1 MALAYSIA.

Assalamualaikum w.b.t. Hai semua :)

Riang ria gembira rasa hati apabila menerima baucar buku 1 Malaysia daripada pejabat universiti. Bagi mahasiswa dan mahasiswi, bantuan yang diberikan oleh kerajaan dapat meringankan beban untuk membeli bahan bacaan atau rujukan. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa peniaga yang sengaja mengambil kesempatan daripada pemberian baucar ini. Apa tidaknya. Para peniaga selain daripada pemilik atau peniaga kedai buku, sewenangnya menawarkan penebusan baucar di kedai-kedai mereka yang menjual pelbagai barangan runcit, pakaian lelaki dan wanita, kasut dan alatan komputer.  Malah mereka mengambil keuntungan yang berganda dengan menetapkan penggunaan baucar tersebut. Contohnya, harga asal bagi sebungkus coklat putih adalah RM20 tetapi sekiranya pembeli ingin menggunakan baucar maka harga coklat tersebut menjadi RM25 sebungkus. 

KOMENTAR
Pada pandangan saya, para peniaga dan penjual seharusnya menyokong usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan bagi menggalakkan dan meningkatkan amalan membaca dalam kalangan generasi muda pada hari ini. Mereka tidak seharusnya mengambil peluang tersebut untuk mengaut keuntungan yang berlipat kali ganda. Malah, pembeli, iaitu mahasiswa sendiri perlu bijak menggunakan baucar buku yang telah diberikan secara percuma dan tidak menyalahgunakannya dengan membeli peralatan komputer, pakaian mahupun apa-apa sahaja yang ditawarkan oleh peniaga yang tamak haloba. Membelilah secara berhemah dan sokonglah kempen kerajaan dalam menyuburkan minat dan amalan membaca rakyat Malaysia. "Membaca Jambatan Ilmu". (: