12.3.13

7# BOLA-BOLA BAHASA.

Assalamualaikum w.b.t. Hai semua :)

Masih ingat perlawanan bola sepak pada minggu lepas antara negeri Johor dengan negeri Selangor? Keputusan 1-4 yang tidak memihak kepada pasukan Johor DT. KALAH. Isk. Isk. :(  Tetapi begitulah adat permainankan? Ada yang akan kalah dan ada juga yang akan memenangi sebuah pertandingan. Namun, paling tidak menyeronokkan apabila kekalahan dijadikan bahan ejekan dan gurauan. T_T



KOMENTAR
Aduhai, kasihan kepada pemain-pemain pasukan negeri Johor yang telah berpenat-lelah tetapi usaha mereka dipandang sebelah mata. Sia-sia. Malahan dijadikan bahan ketawa oleh penonton-penonton yang tidak matang dan dikutuk-kutuk pula. Benarlah perbilangan orang-orang tua dahulu kala, mulut tempayan bolehlah ditutup-tutup tetapi mulut manusia takkan manusia lain yang perlu pinjamkan tangan lengan semata-mata mahu menolong tutup? Inilah yang dinamakan manusia. Menyokong tidak mahu tetapi menjatuhkan sentiasa ada untuk membantu. Tidak dinafikan, ramai juga kaum wanita yang terlalu fanatik dengan sukan bola sepak tetapi jaga-jagalah perlakuan dan bahasa kalian. Jangan sampai bahasa turut dicacamarbakan. Mahu mengutuk orang tetapi mengeja takziah pun salah. Sepatutnya, begini. 'TAKZIAH'. Boleh adik? miehehe :)