18.3.13

11# JALAN ATAU ALASAN.

Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. :)

Pernah dengar mengenai pepatah arab seperti di bawah? Pepatah “jika anda mahu berbuat sesuatu, anda akan mencari jalan, jika anda tidak mahu berbuat sesuatu, anda akan mencari alasan”. Pepatah ini sama sahaja dengan pepatah Melayu yang berbunyi, ‘hendak seribu daya tak hendak seribu dalih’ yang bermaksud sesiapa pun akan sanggup melakukan apa-apa sahaja bagi mendapatkan sesuatu yang diingininya tetapi akan memberikan pelbagai alasan atau berdolak-dalih jika sebaliknya.

KOMENTAR

Menyebarkan salam merupakan sunnah Rasulullah S.A.W. yang amat dituntut dalam Islam dan satu cara yang paling mudah untuk membawa kita semua menuju ke jalan ALLAH S.W.T. Ucapan salam itu sendiri membawa maksud saling mendoakan antara seorang muslim kepada muslim yang lain. Sekiranya amalan ini terus menjadi budaya dalam masyarakat, maka kehidupan kita semua akan berada dalam keadaan aman dan sejahtera. Oleh itu, marilah kita sentiasa memberi salam dan bersalam-salaman dalam kehidupan seharian. Ringankan mulut ringankan tangan. Insya-allah, hidup kita akan sentiasa dipenuhi kebahagiaan dan kasih sayang. Amin. :)