Assalamualaikum w.b.t. Hai semua. :)
Apa itu cinta? Sejujurnya, definisi cinta itu terlalu kompleks untuk
dihurai dan dirungkaikan. Hal ini demikian kerana cinta membawa pelbagai
istilah yang memberikan maksud yang berbeza-beza. Pepatah arab telah
mendefinisikan cinta itu sebagai pekak dan buta. Rasa cinta yang terlalu mendalam
akan memekakkan telinga untuk menerima segala nasihat daripada orang lain.
Segala keputusan kebanyakannya diputuskan sendiri. Cinta juga akan membutakan
mata untuk melihat kelemahan pada diri orang yang dicintai sekalipun nampak
jelas di mata orang lain. Cinta itu mampu memberikan rasa gembira kepada
pasangan, tetapi cinta juga memberikan luka yang sukar untuk diubati. Itulah
kelebihan dan kelemahan cinta. Walau bagaimanapun, pengertian cinta selalunya
disandarkan hanya pada manusia. Hakikatnya, manusia itu tidak sempurna. Jika
pengertian cinta disandarkan hanya pada Yang Esa, sudah pasti tidak akan wujud
istilah putus cinta. Begitu juga dengan bahasa. Seperti Adam dan Hawa, BAHASA
MEMERLUKAN CINTA.
KOMENTAR
Cintaku Kepadamu, Bahasa Melayuku
Bahasaku itu indah rupanya
namun, kadangkala tajamnya ibarat pedang
menghiris dan membunuh perasaan
jika ujaran di luar kehalusan budi bahasa
jika tindakan di luar adab santun Melayu
pasti bahasa membunuh jati diri bangsa.
Justeru, saat indah bahasaku kian luntur
cintaku kepadamu Bahasa Melayuku
tidak akan terhakis oleh rempuhan globalisasi
kerana aku adalah wasilahmu
lambang kekuatan warisan zaman.
lambang kekuatan warisan zaman.