Dewasa ini, amalan memberi salam dan bersalam-salaman tatkala terserempak
dengan rakan-rakan mahupun jiran tetangga seakan-akan sudah luntur ditelan
zaman dan arus kemodenan. Remaja pada zaman ini terlalu ‘sopan’ sehingga tidak
tahu untuk menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Berhoi-hoi, aku,
kau. Ibu ayah, guru-guru
semuanya dilawan sahaja. Apa yang akan terjadi seterusnya pada generasi muda
kita?
KOMENTAR
Menyebarkan salam
merupakan sunnah Rasulullah S.A.W. yang amat dituntut dalam Islam dan satu cara
yang paling mudah untuk membawa kita semua menuju ke jalan ALLAH S.W.T. Ucapan
salam itu sendiri membawa maksud saling mendoakan antara seorang muslim kepada muslim
yang lain. Sekiranya amalan ini terus menjadi budaya dalam masyarakat, maka
kehidupan kita semua akan berada dalam keadaan aman dan sejahtera. Oleh itu,
marilah kita sentiasa memberi salam dan bersalam-salaman dalam kehidupan
seharian. Ringankan mulut ringankan tangan. Insya-allah, hidup kita akan
sentiasa dipenuhi kebahagiaan dan kasih sayang. Amin. :)